Peranan Ibu Bapa untuk Mewujudkan Budaya Ilmu/ Budaya Membaca kepada Anak-anak/Peranan Ibu Bapa dalam Membentuk Modal Insan
Pendahuluan:
- anak-anak ialah aset negara yang penting – jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada anak-anak yang merupakan generasi pelapis yang akan menjadi tulang belakang kepada negara pada masa akan datang
- Namun begitu, pelbagai cabaran yang menjadi duri dalam daging dalam usaha melahirkan generasi berilmu/modal insan yang menjadi aspirasi semua pihak
- ibu bapa memainkan peranan dalam mewujudkan/membentuk/menerapkan modal insan/budaya ilmu/budaya membaca dalam kalangan anak-anak
Isi-isi Penting:
- memberikan didikan agama yang cukup – anak-anak umpama kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya – dengan didikan agama yang cukup, anak-anak akan memiliki benteng keimanan yang ampuh dalam mendepani dunia yang penuh dengan cabaran – didikan agama yang cukup menjadikan anak-anak seorang memiliki akhlak terpuji dan cinta akan ilmu kerana Hamka pernah berkata, “Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya” – anak-anak yang diberikan diberikan didikan agama yang cukup akan menjadi insan yang cemerlang dan bijaksana
- mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang – menggunakan kata-kata nasihat yang lembut – Hamka bernah berkata, “Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu. Sebaliknya, kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera” – meluangkan masa dengan mereka dan sentiasa memahami dan berkongsi masalah – mereka akan menjadi insan yang cemerlang apabila lahir daripada keluarga yang dilimpahi kasih sayang
- menjadi suri teladan kepada anak-anak – sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak – ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi/bapa borek, anak rintik/bagaimana acuan, begitulah kuihnya – ibu bapa membaca buku/menunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak-anak – anak-anak akan biasa dengan amalan yang terpuji/tabiat membaca dan akan menjadi darah daging/sebati dalam hidup mereka kerana alah bisa tegal biasa – ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan amalan yang baik ini agar menjadi ikutan anak-anak dan bukannya menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul
- menyediakan suasana yang kondusif di rumah – dari segi fizikal: bilik tidur, ruang belajar yang selesa – mempunyai perpustakaan mini di rumah – anak-anak dapat belajar dengan selesa – dari segi emosi: suasana yang tenang – elakkan suasana tegang di rumah – kajian mendapati faktor latar belakang keluarga seperti pengaruh rumah tangga mempengaruhi pelajar dari segi pencapaian akademik dan tingkah laku pelajar
Penutup:
- banyak peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa
- peranan ibu bapa sebagai tonggak/nadi/tulang belakang dalam sesebuah keluarga amat ditagih/diharapkan
- negara amat memerlukan modal insan yang benar-benar berkualiti dalam mengharungi kehidupan dalam dunia kian mencabar – anak-anak perlu dididik agar mempunyai kualiti insaniah yang diharap-harapkan – pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
- untuk memastikan Malaysia setanding/berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain
.